Tuesday, October 13, 2009

Rumah pertamaku di alam dunia..

Bagi Clinical Attachment pada minggu ini (12-16 October 2009), saya ditempatkan di Total Parenteral Nutrition (TPN) Department yang mana merupakan salah satu jabatan yang wujud dalam bidang farmasi. ~Seringkali disalah tafsir bahawa pegawai farmasi hanya membahagikan ubat kepada pesakit sahaja.~

Untuk clerk case, saya dan Azilea ditugaskan untuk membuat follow-up seorang bayi pra-matang yang dilahirkan pada 23 September 2009. Sehingga kini, bayi tersebut masih berada dalam Neonates Intensive Care Unit (NICU). Sehingga hari ini, pelbagai ubat-ubatan telah diterima oleh bayi tersebut.


Baby yang sangat kecil..

Hati saya sungguh tersentuh apabila melihatkan bayi-bayi yang lahirnya pra-matang. Dengan hanya seberat 1.29kg dan setinggi 30cm, mereka berjuang untuk meneruskan kehidupan di bumi Tuhan. Pelbagai alat bantuan dipasang, rimas kumelihatnya. Kadangkala menangis, tidak selesa barangkali. Paling saya tidak tahan mendengarnya, apabila doktor dan nurse berusaha mengambil sample darah bayi, meremang dengar bayi menangis. Apa yang pasti, sakit!

Teringat pula kelahiranku yang juga pra-matang, ini memandangkan ibu mengidap penyakit Diabetes Mellitus (Kencing manis) ketika mengandungkan saya. Bak kata ibu, saya ‘berumah’ di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selama beberapa hari sebelum dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah.

Rumah pertamaku.. Kenderaan pertamaku..

Kata ibu lagi, ketika awal kelahiran, saya feeding intolerance (sebarang makanan atau susu tidak boleh diberikan melalui mulut). Maka, segala susu akan disalurkan dengan cara tube feeding di mana tiub akan dimasukkan melalui rongga hidung. Wayar dan tiub juga diletakkan di bahagian tangan dan kaki untuk menyalurkan TPN dan ubat-ubatan. Tidak ketinggalan, wayar juga berselirat di kepala!

Baru kini dapat saya bayangkan keadaan saya pada ketika itu. Sudah semestinya sedang bertarung memperjuangkan antara hidup dan mati, barangkali. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Ku bersyukur kepada Ilahi kerana masih memberikanku peluang untuk terus bernafas menghirup udara segar di bumiMu Ya Allah. Terima kasih Ya Allah.

1 comment: