Sunday, October 18, 2009

Blog paralysis.. Seketika cuma!

Assalamualaikum sahabat-sahabat seperjuangan sekalian..

Detik waktu yang berlalu sesungguhnya tidak mengizinkan sama sekali untuk saya meneruskan agenda harian di lapangan alam maya ini. Demi Allah, tanggungjawab saya, keutamaan saya berada di sempadan perjuangan alam dunia seiring dengan perjuangan menuju Akhirat. Sememangnya tidak memungkinkan saya untuk meluangkan secebis waktu bagi meluahkan sekelumit bicara di ladang maya tanpa sempadan ini.

Perkelanaan menuju ke medan perang sudah pun hendak dimulakan langkah pertamanya. Dalam kesibukan menyiapkan thesis Final Year Project (FYP), tidak dapat dinafikan bahawa jantung seringkali diserang tachycardia bilamana teringatkan final exam yang akan muncul kurang dari satu purnama sahaja lagi. Namun, dalam pada itu, usah sesekali kita terlalai dengan kehidupan alam fana ini.

Seringkali saya ingatkan kelekaan diri dengan pesanan naqibah yang sesungguhnya terpahat dihati:

"Dunia dan Akhirat ibarat dua isteri yang dimadukan. Kita adalah suaminya. Maka, adalah diwajibkan untuk kita berlaku adil terhadap kedua-dua ‘isteri’ ini."

Adakah kita berlaku adil terhadap mereka? Renungkanlah. Fikirkanlah. Moga diberi kesempatan untuk terus menunaikan hak-hak ‘isteri-isteri’ kita.

Kini, hidup seperti musafir jalanan layaknya. Ke sana ke sini menguruskan agenda kehidupan yang terpikul di pundak. Seringkali hampir tersungkur rebah ke bumi dek kerana menahan ujian yang menimpa. Namun, segalanya terlerai di kala dahi mencecah sejadah. Subhanallah! Damai sungguh hati bila berbicara denganMu Ya Allah. Terima kasih Ya Allah, masih sudi mendengarkan rintihan hambaMu.

Sahabat-sahabat sekalian. Mungkin blog kesayangan saya akan lumpuh buat seketika. Seketika cuma! Perjalanan hidup sekarang membataskan masa untuk saya melayan jari jemari untuk terus menaip dan berkongsi. Nota yang menggunung masih belum dikhatamkan. Case study for Clinical Attachment jua begitu. Apatah lagi buku-buku rujukan, sudah berhabuk!

“Let US do OUR best.. Let HIM do the REST..”

Maka, konklusinya, walaupun addicted blogging, terpaksalah saya ‘bercuti’ seketika.

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
Tetapi..
Tidak semua perpisahan menjanjikan akan adanya pertemuan kembali.. "

Andai diizinkan Allah, kita akan bersua lagi di lain waktu dan ketika. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment