Thursday, October 22, 2009

Kembali ke pondok asal..

Assalamualaikum..

Sukacitanya dimaklumkan bahawa blog lama sudah dapat beroperasi seperti biasa..
Maka, secara rasminya, aktiviti blogging selepas ini akan diteruskan di:

http://wirdiana.blogspot.com

Jemput ziarah..
Maaf atas segala kesulitan..

Kesulitan hari ini untuk kesenangan masa hadapan..


Thanks & sorry for everything..


Ikhlas,
~Pemilik blog~

Sunday, October 18, 2009

Blog paralysis.. Seketika cuma!

Assalamualaikum sahabat-sahabat seperjuangan sekalian..

Detik waktu yang berlalu sesungguhnya tidak mengizinkan sama sekali untuk saya meneruskan agenda harian di lapangan alam maya ini. Demi Allah, tanggungjawab saya, keutamaan saya berada di sempadan perjuangan alam dunia seiring dengan perjuangan menuju Akhirat. Sememangnya tidak memungkinkan saya untuk meluangkan secebis waktu bagi meluahkan sekelumit bicara di ladang maya tanpa sempadan ini.

Perkelanaan menuju ke medan perang sudah pun hendak dimulakan langkah pertamanya. Dalam kesibukan menyiapkan thesis Final Year Project (FYP), tidak dapat dinafikan bahawa jantung seringkali diserang tachycardia bilamana teringatkan final exam yang akan muncul kurang dari satu purnama sahaja lagi. Namun, dalam pada itu, usah sesekali kita terlalai dengan kehidupan alam fana ini.

Seringkali saya ingatkan kelekaan diri dengan pesanan naqibah yang sesungguhnya terpahat dihati:

"Dunia dan Akhirat ibarat dua isteri yang dimadukan. Kita adalah suaminya. Maka, adalah diwajibkan untuk kita berlaku adil terhadap kedua-dua ‘isteri’ ini."

Adakah kita berlaku adil terhadap mereka? Renungkanlah. Fikirkanlah. Moga diberi kesempatan untuk terus menunaikan hak-hak ‘isteri-isteri’ kita.

Kini, hidup seperti musafir jalanan layaknya. Ke sana ke sini menguruskan agenda kehidupan yang terpikul di pundak. Seringkali hampir tersungkur rebah ke bumi dek kerana menahan ujian yang menimpa. Namun, segalanya terlerai di kala dahi mencecah sejadah. Subhanallah! Damai sungguh hati bila berbicara denganMu Ya Allah. Terima kasih Ya Allah, masih sudi mendengarkan rintihan hambaMu.

Sahabat-sahabat sekalian. Mungkin blog kesayangan saya akan lumpuh buat seketika. Seketika cuma! Perjalanan hidup sekarang membataskan masa untuk saya melayan jari jemari untuk terus menaip dan berkongsi. Nota yang menggunung masih belum dikhatamkan. Case study for Clinical Attachment jua begitu. Apatah lagi buku-buku rujukan, sudah berhabuk!

“Let US do OUR best.. Let HIM do the REST..”

Maka, konklusinya, walaupun addicted blogging, terpaksalah saya ‘bercuti’ seketika.

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
Tetapi..
Tidak semua perpisahan menjanjikan akan adanya pertemuan kembali.. "

Andai diizinkan Allah, kita akan bersua lagi di lain waktu dan ketika. InsyaAllah.

Thursday, October 15, 2009

Riang Ria Aidilfitri @ HTAR 2009

Hari ni dapat makan free sebanyak-banyaknya..
Secara tak rasmi, jadi part of HTAR staff..


Macam chumeyll je tengok majlis ni bila semua orang berbaju putih! Huu~ Ada la dua tiga kerat pakai baju warna lain. Almaklumlah, temanya putih! Tanpa dirancang. =p


Memandangkan FOC, maka, kami santap dengan jayanya..

Preliminary round: Nasi tomato.. Nyum3..
Quarter final: Rojak buah..
Semi final: Sate.. Besssttttt!!
Final: Makanan rohani.. Solat Zuhur.. Ngee~





Majlis Aidilfitri HTAR 2009.. Theme: Labcoat & uniform putih.. Huu~
~ Kelihatan Zati & Nad sedang berjalan memunggah makanan! =p ~







p/s: Tak sempat nak bercerita.. Esok presentation for TPN case.. Wish me best of luck!

Wednesday, October 14, 2009

Masih ada harapan..


Hari ni hari ketiga Clinical Attachment di TPN Department. Setibanya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, saya terus mengenakan labcoat terus bersedia akan arahan yang bakal diterima daripada preceptor.

Di kesempatan yang ada pada pagi tadi, saya meluangkan masa untuk menjenguk baby di Neonates Intensive Care Unit (NICU). 15 minit kukira memadai, sekadar melepaskan rindu barangkali. Setibanya di NICU, saya terpaksa menunggu di luar bilik seketika memandangkan sesi X-Ray sedang dijalankan ke atas salah seorang ‘roomate’ baby yang saya sedang monitor.

Kemudian, saya melangkah masuk dengan harapan menggunung agar baby tersebut semakin beransur pulih. Tapi, saya agak terkejut apabila melihatkan keadaannya yang mana boleh dikatakan semakin teruk. Hatiku terharu. Agak sayu mungkin.

Saya belum berkesempatan untuk melihat progression baby yang tercatat dalam Bed Head Ticket (BHT) baby tersebut. (*BHT mencatatkan segala perkembangan dan perancangan untuk mengubati pesakit. Ia merupakan fail yang biasa kita lihat di hujung katil pesakit.). Saya terpaksa turun ke TPN Department untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Selesai sudah solat Zuhur. Saya bergegas kembali ke TPN Department. Kemudian, terus menuju ke ward NICU untuk mengambil maklumat tentang perkembangan terbaru baby tersebut. Setibanya di ward, saya lihat keadaannya semakin beransur baik. Syukur. Tiada lagi ventilator, tiada lagi wayar besar yang disambungkan terus ke dalam mulutnya. Kelihatan semakin aktif bergerak.

Sambil-sambil mencatat progression baby tersebut, saya beberapa kali menoleh, malah menatap wajah suci bayi perempuan di sebelah. Kecil saiznya. Sangat kecil. Sesekali saya melihat dia tersenyum, mungkin Allah tunjukkan keindahan Syurga kepadanya. Hati saya tersentuh memikirkannya. Sesekali juga, dia seolah-olah tersengih mahu ketawa, seperti sedang bergurau senda layaknya.

Kecil sangat..

~Note Book yang saya pegang adalah sama saiznya dengan buku tulis sekolah rendah~



Sungguh suci bayi-bayi ini. Semoga membesar sebagai Muslim sejati. InsyaAllah. Bagi bayi yang non-Muslim, semoga mendapat hidayah dari Ilahi. Semoga semakin bertambah Hamba Allah di muka bumi ini. InsyaAllah.

Tuesday, October 13, 2009

Rumah pertamaku di alam dunia..

Bagi Clinical Attachment pada minggu ini (12-16 October 2009), saya ditempatkan di Total Parenteral Nutrition (TPN) Department yang mana merupakan salah satu jabatan yang wujud dalam bidang farmasi. ~Seringkali disalah tafsir bahawa pegawai farmasi hanya membahagikan ubat kepada pesakit sahaja.~

Untuk clerk case, saya dan Azilea ditugaskan untuk membuat follow-up seorang bayi pra-matang yang dilahirkan pada 23 September 2009. Sehingga kini, bayi tersebut masih berada dalam Neonates Intensive Care Unit (NICU). Sehingga hari ini, pelbagai ubat-ubatan telah diterima oleh bayi tersebut.


Baby yang sangat kecil..

Hati saya sungguh tersentuh apabila melihatkan bayi-bayi yang lahirnya pra-matang. Dengan hanya seberat 1.29kg dan setinggi 30cm, mereka berjuang untuk meneruskan kehidupan di bumi Tuhan. Pelbagai alat bantuan dipasang, rimas kumelihatnya. Kadangkala menangis, tidak selesa barangkali. Paling saya tidak tahan mendengarnya, apabila doktor dan nurse berusaha mengambil sample darah bayi, meremang dengar bayi menangis. Apa yang pasti, sakit!

Teringat pula kelahiranku yang juga pra-matang, ini memandangkan ibu mengidap penyakit Diabetes Mellitus (Kencing manis) ketika mengandungkan saya. Bak kata ibu, saya ‘berumah’ di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selama beberapa hari sebelum dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah.

Rumah pertamaku.. Kenderaan pertamaku..

Kata ibu lagi, ketika awal kelahiran, saya feeding intolerance (sebarang makanan atau susu tidak boleh diberikan melalui mulut). Maka, segala susu akan disalurkan dengan cara tube feeding di mana tiub akan dimasukkan melalui rongga hidung. Wayar dan tiub juga diletakkan di bahagian tangan dan kaki untuk menyalurkan TPN dan ubat-ubatan. Tidak ketinggalan, wayar juga berselirat di kepala!

Baru kini dapat saya bayangkan keadaan saya pada ketika itu. Sudah semestinya sedang bertarung memperjuangkan antara hidup dan mati, barangkali. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Ku bersyukur kepada Ilahi kerana masih memberikanku peluang untuk terus bernafas menghirup udara segar di bumiMu Ya Allah. Terima kasih Ya Allah.

Monday, October 12, 2009

Azilea.. Zhu ni shengri kuaile..

Zhu ni shengri kuaile.. Azilea..



Agenda bermula semasa saya, Ezzati dan Azilea ke Puncak Alam Corner untuk berbuka puasa. Sementara menunggu makanan siap, kami ke Kedai 2fifty. Pada masa yang sama birthday girl, Azilea ada bersama kami. Maka, perancangan rapi diperlukan, nak elakkan kantoi!! Huu~

Dengan itu.. Saya dan Ezzati berinteraksi melalui SMS..

Saya: Zati, lepas ni tolong bawak Lea keluar dari kedai ni. Nak beli kek birthday dia.

Lima minit berlalu..

Zati: Dah bawak Lea keluar ni. Nasib baik dia tak tanya banyak kenapa gerak dulu.

Bagus! Perancangan diteruskan..

Saya: Zati, kek ada dalam kereta. Seat depan. Lepas ni duduk macam biasa.


Setibanya di kolej, beberapa insiden berlaku, hampir-hampir terkantoi. Tapi syukur, masih belum kantoi. Huu~

Sejurus selepas solat Isyak, surprise!!

Happy Birthday Lea!!! Selamat Hari Tua!!!

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Azilea..
Allah selamatkan kamu..

***
Zhu ni shengri kuaile? (Mandarin) Rindu pulak kelas Mandarin.. Li Laoshi!! Best3..)
-Zhu-wish
-Ni-you
-Shengri kuaile-selamat hari lahir

Sunday, October 11, 2009

Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul

Judul buku: Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul
Penulis: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd



Sedikit petikan buat perkongsian bersama..

“Suamiku, aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu."
(Adaptasi kata-kata Imam al-Nawawi)


Sajak Aminah Qutbi* buat bakal suami..

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tak semestinya masnusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga

Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan olehMu kepadaku

Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah keranaMu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah keranaMu

Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadakuberikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Kau berikan kepadaku



* Aminah Qutbi merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.

Blog kedua.. Post pertama..

Assalamualaikum..

Post pertama untuk blog kedua buat tatapan..
Menggantikan blog lama yang kini dalam kenangan..
Sedih.. Sedih.. Sedih.. Itulah siapa suruh gatal tangan..
Suka-suka hati je nak tekan sembarangan..

Mungkin Allah ingin mengajarku erti kesabaran..
Menghadapi dugaan penuh ketenangan..
Moga Allah berikan kekuatan untuk terus bertahan..
Berjuang dan berdakwah melalui tulisan..

Kini ku kembali untuk berbicara..
Moga ada yang sudi membuka mata..
Menatap apa yang dilakarkan pena..
Mohon teguran andai tersasul berbahasa..

Tiada dua tiada tiga..
Dialah satu-satunya Yang Maha Pencipta..
Salam ukhuwwah pengakhir bicara..
Izinkanku undur diri buat seketika..

Wassalam..